Home » ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฟ๐˜† ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ฒ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—˜๐˜…๐—ฐ๐—ผ ๐—ช๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚
Berita Tempatan Politik

๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฟ๐˜† ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ฒ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—˜๐˜…๐—ฐ๐—ผ ๐—ช๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚

Kerry Chee, kini secara sah menyandang Ketua Exco Wiranita StarSabah bagi sesi 2024/2027

Kota Kinabalu: Kerry Chee, nama sebenarnya Chee Kheng Moi telah memenangi Ketua Exco Wiranita StarSabah apabila berjaya menewaskan penyandangnya, Datuk Flovia Ng dalam saingan tiga penjuru merebut jawatan berkenaan .

Flovia yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Tulid itu tewas mengejut dalam Pemilihan Ketua Exco Wiranita parti itu dengan hanya memperolehi 81 undi berbanding pencabarnya, Kerry Chee Kheng Moi yang memperolehi sejumlah 167 undi, apabila diumumkan secara rasmi lewat petang Jumaat di ibupejabat parti itu di Sokid Villa, Penampang.

Mantan Ketua Exco Wiranita StarSabah, YB Datuk Flovia Ng.

Seorang lagi pencabar Flovia yang mempertahankan kerusi Ketua Exco Wiranita itu ialah Evelyn Gobili (8 undi).

Kerry Chee, kini secara sah menyandang Ketua Exco Wiranita StarSabah bagi sesi 2024/2027 dan berikut adalah barisan kepimpinan baharu secara rasmi yang kami perolehi.

EXCO WIRANITA 2024/2027

Ketua Exco Wiranita :

Chee Kheng Moi

Timb I : Ellshera A. Yapat

Timb II : Juliana Jibit

Timb III : Josephine Liew

Naib I : Doris Binti Alum

Naib II : Jennifer Epil

Naib III : Yeong Nyet Lan

Ahli Jawatankuasa :

1. Enin Binti Entik @ Annie

2. โ Jurinah Binti Kumpit

3. โ Jesseca J. Sipili

4. โ Karen Cassandra A.

5. โ Merian P Lajanah

— TAMAT