BEAUFORT: Sebanyak 40 keluarga melibatkan seramai 100 mangsa yang terjejas akibat banjir di daerah Membakut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Selagon di sini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan sehingga jam 4 petang hari ini, kesemua mangsa ditempatkan di PPS berkenaan sejak jam 4 petang semalam.
Kesemua mangsa melibatkan 56 dewasa termasuk 20 lelaki dan 36 perempuan serta 44 kanak-kanak.
PPS Dewan Selagon dibuka bermula semalam bagi memindahkan mangsa-mangsa yang terjejas banjir.
Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Rerki turut mengisytiharkan Membakut sebagai daerah bencana banjir sejak Ahad.
Hujan lebat sejak pagi semalam mengakibatkan beberapa kawasan di Membakut dilanda banjir.
Add Comment