Home » Pemuda Gagasan Rakyat perlu bantu parti atasi tohmahan fitnah: Masiung
Berita Tempatan Politik

Pemuda Gagasan Rakyat perlu bantu parti atasi tohmahan fitnah: Masiung

PENGHARGAAN: Masiung (kiri) menerima cenderahati daripada Pengerusi Penganjur Program, Azrul Ibrahim

TUARAN: Pimpinan Pergerakan Pemuda jangan jadi ‘batang kayu’ ketika parti berhadapan dengan serangan serta cemuhan dari pembangkang.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, Pemuda jangan jadi perisai dibarisan hadapan sekiranya anda seorang yang penakut.

Beliau mencabar pemimpin Pergerakan Pemuda parti itu bangkit mempertahankan maruah Gagasan Rakyat yang menjadi bahan provokasi pembangkang.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Program Retreat Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat di sini, kelmarin.

Katanya, pemimpin muda perlu pantas mempertahankan maruah Presiden dan parti yang diserang dengan pelbagai fitnah oleh parti pembangkang melalui pelbagai platform media sosial.

Masiung turut mengingatkan pemimpin Pemuda Gagasan Rakyat supaya tidak leka dalam perjuangan tanpa mematuhi arahan Presiden sebagai ketua parti.

— Yap Siong Han

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment