Home » Ziarah Kasih ADUN Sebatik di Gugusan Umas
Berita Tempatan Politik

Ziarah Kasih ADUN Sebatik di Gugusan Umas

Hassan menyantuni warga emas di Gugusan Umas, Tawau.

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg.Amir membuat lawatan ke Kampung Sg.Udin dan Kampung Brantian di sekitar kawasan Gugusan Umas, Tawau sempena program “Ziarah Kasih ADUN Sebatik) untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf termasuk orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas.

Hassan berharap dengan sumbangan dan bantuan ini, dapat membantu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Turut hadir mengiringi beliau, Ahli Jawatankuasa Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sebatik, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sebatik dan HastTeam Sebatik.

TAMAT