Home » Pertahan PBS-GRS di Dun Tandek: Joachim
Berita Tempatan Politik

Pertahan PBS-GRS di Dun Tandek: Joachim

KENANGAN: Joachim (tengah) merakamkan gambar kenangan dengan ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBS Bahagian Bandau, di Dewan Walai Bunsadan.

KOTA MARUDU: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam mahu semua pemimpin dan ahli parti di bahagian Tandek bersatu hati untuk mempertahankan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun hadapan.

“Kalau bersatu hati, Tandek pasti akan kekal menjadi milik PBS/GRS,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBS Bahagian Tandek yang diadakan di Dewan Terbuka Tandek, di sini.

Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II turut mengingatkan semua pemimpin dan ahli PBS perlu memenangkan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) pada PRN tahun hadapan.

Katanya, mereka perlu terus mendokong ideologi parti yang sudah berusia 39 tahun itu kerana perjuangan PBS belum selesai.

“Perjuangan PBS adalah perjuangan untuk masa depan Sabah, PBS adalah lambang kesatuan,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Agung PBS Datuk Julita Majungki, Bendahari Datuk Lu Kim Yun, Ketua Bahagian PBS Tandek Datuk Hendrus Anding, Timbalan Ketua Bahagian PBS Bandau Julita Dalinsi, Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Ketua-ketua Bahagian serta Exco Pergerakan Wanita dan Pemuda.

Joachim turut merasmikan PBS Bahagian Bandau di Dewan Walai Bunsadan.

— Vivi Olviana Najurus