Home » Mantan SUT Kementerian Pembangunan Infrastuktur sertai Gagasan Rakyat Tambunan
Berita Tempatan Politik

Mantan SUT Kementerian Pembangunan Infrastuktur sertai Gagasan Rakyat Tambunan

Michael yang berasal dari dari Kampung Nambayan, Tambunan menyerahkan borang keahlian kepada Puan Margareta Sibi selaku wakil kepada Ketua Bahagian Dato Victor P Paut di pejabat Gagasan Rakyat Tambunan .

TAMBUNAN: Datuk Michael Emban telah menyerahkan borang keahlian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)  sebentar tadi di pejabat bahagian Gagasan Rakyat Tambunan.

Ini merupakan Parti politik yang pertama disertai oleh beliau semenjak bersara .

Sebelum ini ,Michael pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap (SUT) di Kementerian Pembangunan Infrastuktur (kini Jabatan Kerja Raya).

Mantan SUT, Datuk Michael Emban sedang mengisi borang keahlian Gagasan Rakyat.

Beliau yang berasal dari dari Kampung  Nambayan, Tambunan menyerahkan borang keahlian kepada Puan Margareta Sibi selaku wakil kepada Ketua Bahagian Dato Victor P Paut di pejabat Gagasan Rakyat Tambunan .

PILIHAN TEPAT: Alfred secara rasmi menyerahkan kesemua borang keahlian baharu Gaasan Rakyat Tambunan kepada Victor, disaksikan AJK bahagian Gagasan Rakyat Tambunan.

Terdahulu seramai 200 bekas ahli Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Sunsuron, Tambunan yang diketua oleh bekas Ketua Daerah Mengundi PKDM Sunsuron, Alfred Tabul John  menyertai Gagasan Rakyat bahagian Tambunan pada Sabtu lalu.

Mengulas perkara itu, Victor berkata, ia adalah satu isyarat yang jelas terhadap penerimaan rakyat Tambunan terhadap perjuangan Gagasan Rakyat yang menitikberatkan kesejahteraan mereka.

“Kami juga yakin bahawa kemasukan ini menunjukkan rakyat gembira dengan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor,” katanya.

— TAMAT