Home » Tidak relevan lagi rakyat Sabah beri peluang pada parti lain selain GRS
Politik Sudut Pandangan

Tidak relevan lagi rakyat Sabah beri peluang pada parti lain selain GRS

Jika kecenderungan pengundi tidak banyak berubah pada PRN-17 akan datang, dijangka GRS adalah parti yang menang kerusi terbanyak.

DUA PULUH EMPAT TAHUN peluang diberikan pada Umno Sabah menunaikan harapan dan aspirasi rakyat, akan tetapi semua peluang itu dipersiakan (tahun-tahun yang hilang).

Berdekad-dekad menanti akan tetapi setiap tindakan bagaikan melepaskan batuk di tangga.

Tiada pilihan untuk merealisasikan harapan melainkan perlu mencari flatform baharu.

Di Sabah pada awalnya, sebahagian rakyat Sabah menyangka Parti Warisan boleh menjadi sandaran untuk merealisasikan harapan dan aspirasi, atas sebab itu, parti yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal itu menang banyak kerusi di kawasan tradisi Umno, akan tetapi, apabila parti itu mendapat peluang memerintah dengan bantuan ADUN-ADUN Umno dan UPKO, ternyata, rakyat bagaikan terlepas daripada mulut buaya masuk ke mulut harimau. Tambahan pada keadaan itu, tindakan Warisan lebih melampau, apabila menjadikan kerajaan sebagai kerajaan sendirian berhad apabila semua jawatan-jawatan penting diisi oleh mereka yang berasal daripada Semporna atau mereka yang mempunyai susur galur kekeluargaan atau sukuan dengan Shafie Apdal.

Kini, telah wujud Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan terbukti selama 4 tahun sebagai kerajaan negeri telah mencapai kejayaan luarbiasa menunaikan harapan dan aspirasi rakyat. Bukan itu sahaja, kerajaan hari ini bertindak sebagai penyelesai masalah-masalah yang diwarisi, antaranya kemudahan asas, isu-isu utang tidak berbayar (NPL) Bank Pembangunan Sabah (SDB) bernilai RM5bilion.

Penulis melihat kerajaan Sabah hari ini, adalah kerajaan yang benar-benar menunaikan harapan- aspirasi yang tertangguh berdekad-dekad, tiada persamaan dengan kerajaan lalu-lalu walaupun sebahagian pemimpin kerajaan hari ini adalah juga sebahagian kerajaan sebelum-sebelumnya.

Penulis berpandangan apa yang dibuat pemimpin masa lalu itu pada ketika ini adalah perasaan yang terperap sekian lama tetapi tidak terlaksana, dan sebab itu apabila giliran sampai menjadi pemimpin utama maka apa yang terperap dibentangkan dan disimpulkan menerusi halatuju negeri, iaitu SABAH MAJU JAYA.

Menerusi halatuju itu dibutirkan berbagai program baharu yang belum pernah diperkenalkan atau tidak pernah diperkenalkan sebelum ini, antara lain rumah mesra SMJ, bantuan pendidikan yang insklusif, menganeka ragam sumber hasil, antaranya pemanfaatkan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) ekonomi biru (membabitkan lautan), selain mendapat bahagian daripada sumber tradisi seperti minyak dan gas.

Melihat kemajuan dan pencapaian yang dilakar kerajaan yang diterajui GRS, bagi rakyat yang rasional, adalah tidak memungkinkan mereka menyokong semula Umno. Umno akan kuat semula jika rakyat menyokong. Sekali rakyat tidak menyokong maka Umno akan menuju untuk dinyahkan daripada bumi Sabah.

Nasib parti Warisan akan turut sama, manakala parti-parti lain yang berkiblat pada sukuan tertentu, terpaku dengan sukuan mereka di peringkat nasional, kerana mereka sedar, hanya menerusi cara sedemikian suara mereka akan terus kekal.

Rakyat Sabah khasnya bumiputera, tiada pilihan jika ingin maju dan membangun, perlu berkiblat pada cara sendiri, kerana tiada siapa yang boleh mengangkat ke mercu kejayaan melainkan kita sendiri, sebab itu, misi kita jelas, RUMAH KITA , KITA JAGA, menerusi SABAHFIRST.

Rakyat Sabah kena wujudkan SABAH BARU yang progresif, berkemajuan, dan berdaya tahan. Untuk merealisasinya, maka perlu daripada KITA SEMUA!!!.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .