Home » Perkasakan perpaduan, jauhi amalan fitnah: Masidi
Berita Tempatan Politik

Perkasakan perpaduan, jauhi amalan fitnah: Masidi

CENDERAHATI: Masidi (kanan) ketika dalam majlis berkenaan.

RANAU: Masyarakat Islam digesa mengutamakan perpaduan dan menjauhi amalan fitnah-memfitnah demi membentuk bangsa yang maju dan berdaya saing.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata,  pemikiran sempit seperti itu harus dihentikan kerana ia boleh merosakkan keharmonian dalam kalangan masyarakat khususnya penduduk Ranau.

“Elaklah bersikap suka bercakaran dan suka memfitnah serta suka menuding jari di antara satu sama yang lain.

“Di sebaliknya, masyarakat Ranau seharusnya mencontohi sikap nenek moyang kita yang ‘aparu’ iaitu sikap kerajinan menanam padi dan semangat ini harus dikembalikan terutama dalam soal meningkatkan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Ranau Tahun 1446H/ 2024M baru-baru ini

Masidi berkata, semangat aparu itu sejajar dengan semangat hijrah yang menuntut umat untuk memperbaiki diri bagi mewujudkan sebuah bangsa yang aman, stabil dan makmur. 

“Salah satu kelemahan masyarakat kita ialah kita sering membuat tohmahan, fitnah dan sebagainya sehingga boleh mengundang perpecahan umat Islam.

“Justeru, kita harus menghayati tema hijrah kita pada tahun ini bagi memastikan umat Islam di daerah ini tetap utuh,” katanya.

Sementara itu, Mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar 

TOKOH: Faiman bersama isteri merakamkan gambar kenangan selepas menerima anugerah itu.

Faimin juga merupakan Mantan Pegawai Daerah Ranau, Presiden Persatuan Graduan Daerah Ranau dan kini dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Kewangan Sabah.

Turut hadir, Pegawai Daerah Ranau selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Tinus Manggam, ADUN Dilantik Datuk Hajah Amisah Yassin, Pegawai Pemantau Projek Parlimen Ranau, Dominik Kasuman mewakili Ahli Parlimen Ranau, Ketua-Ketua Jabatan kerajaan Negeri, persekutuan para pemimpin masyarakat dan pelajar sekolah beragama Islam.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment