Home » Ketua-Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Zon 3 adakan kunjungan hormat ke atas Nizam
Berita Tempatan Politik

Ketua-Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Zon 3 adakan kunjungan hormat ke atas Nizam

Ketua-Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Zon 3 mengabadikan kenangan bersama Ketua Penerangan Gagasan Rakyat pusat, Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan di pejabatnya pada Khamis.

KOTA KINABALU:Ketua -Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Zon 3 mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan di Menara Kinabalu pada Khamis.

Pertemuan bersama Nizam yang juga merupakan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri itu menyentuh  gerak kerja penerangan Zon 3 menjelang pilihan raya negeri (PRN) dan isu-isu semasa .

Fokus utama Ketua-Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Zon adalah untuk memastikan Zon 3 kekal milik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN akan datang.

Zon 3 merangkumi kawasan-kawasan Parlimen seperti Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang, termasuk  beberapa kawasan DUN.

Rombongan Ketua-Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Zon 3 yang berkunjung  kelmarin diketuai oleh Ketua Penerangan  (KP) Gagasan Rakyat Membakut,Tuan Ag Daud bin Hj Ag Anak dari kawasan Parlimen Kimanis.

Turut menyertai rombongan ini, KP Pantai Manis Tuan Hj Amri bin Abu Bakar, KP Bongawan Tuan Haji Mohd Saidin Hj Ibrahim, KP Limbahau Tuan Fred Vincent, KP Kawang Tuan Saleh Edris dan KP Kuala Penyu Tuan Jepinus Kimuin.

TAMAT