Home » Flovia adakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Berita Tempatan Politik

Flovia adakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Flovia Ng sedang rancak berbincang dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri di Bilik Kunjungan Hormat Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Flovia Ng adakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri di sini pada Khamis.

Pertemuan itu berlansung di Bilik Kunjungan Hormat Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.


Turut sama dalam kunjungan hormat itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Puan Maria Chong dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Puan Hajah Haslina Ismail.


Flovia yang ditemui pemberita berkata, kunjungan hormat itu diadakan bagi membincangkan strategi dan langkah-langkah untuk memperkasakan wanita khususnya di Sabah.



“Hasil daripada pertemuan dengan YB Menteri Dato Sri Nancy Shukri, beberapa program pemerkasaan wanita telah dirangka untuk dilaksanakan antara KPMKR bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang dipimpin oleh YB Dato Menteri.

“Semoga idea-idea dan inisiatif yang dibincangkan bersama dapat direalisikan dan dijalankan dengan lancar, bagi memanfaat wanita di Sabah,” ujar beliau.

Terdahulu, Flovia selaku Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan sokongan beliau kepada Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun yang menuntut lebih ramai wanita diberi jawatan tertinggi dalam semua sektor.

Kenyataan Azizah yang juga merupakan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah disiarkan oleh akhbar Daily Express baru-baru ini.

Flovia yang juga merupakan Naib Presiden Parti StarSabah turut berkongsi pendirian yang serupa dengan beliau.

— TAMAT