TINDAKAN kerajaan Negeri Sabah menghantar stipulasi tuntutan unilateral 40 peratus hasil bersih Persekutuan daripada Sabah adalah betul dan tepat, atas sebab keengganan Kerajaan Pusat berkongsi data kutipan tersebut dengan kerajaan negeri.
Presiden UPKO mempertikai mengapa Sabah lambat menghantar tuntutan berbanding Sarawak, sedangkan isunya sangat berbeza. Presiden UPKO adalah anggota jawatankuasa teknikal berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Mesyuarat jawatankuasa teknikal tersebut pada 28 Mei 2024, kerajaan Sabah yang diwakili tiga timbalan Ketua Menteri memberi makluman bahawa Sabah akan menghantar tuntutan pada 18 Jun sebulan sebelum pemuktamadan yang dijanjikan itu 18 Julai.
Seperti yang dimaklumi bahawa pada 18 Julai tiada sebarang pengumuman berkaitan tuntutan tersebut, dan timbul pula persoalan yang dibangkitkan Presiden UPKO seolah-olah mempersalahkan kelambatan menghantar tuntutan maka menyebabkan pemuktamadan formula 40 peratus tidak dapat diputuskan.
Jika Presiden UPKO berfikiran terbuka dan ke hadapan, tidak akan sama sekali mempersoalkan lambat atau cepatnya surat tuntutan kerajaan negeri, atas sebab tuntutan kerajaan negeri bukan hanya berpandu pada asas dalam MA63 akan tetapi berkaitan angka atau data, dan ianya membezakan antara tuntutan Sabah dengan Sarawak.
Negeri Sabah membuat tuntutan berpandukan pada data atas sebab itu telah mengutus 8 surat kepada Kerajaan Persekutuan berkaitan data tersebut, namun tidak mendapat jawapan, memaksa kerajaan negeri menstipulasi secara unilateral.
Apa yang patut dilakukan atau dibuat Presiden UPKO adalah mendesak agar tuntutan 40 peratus dipersetujuai dan ditunaikan seperti mana permohonan negeri pada 10 Jun 2022 dan kerana itu tiada kewajaran mempertikai isu bila dikemukakan, kerana jelas jika bercakap berkaitan kelambatan sepatutnya tidak relevan kerana isu ini telah berlarutan hampir setetengah abad.
Isu berkaitan tuntutan 40 peratus sepatutnya tidak bersandar pada mengapa dan bila (why and when), akan tetapi bersandarkan pada iltizam untuk bersetuju. Atas sebab ada isyarat untuk “tidak bersetuju” maka isu-isu seperti kelambatan dijadikan alasan. Tanda-tanda ketidak setujuan cukup jelas dipamerkan apabila Peguam Negara bersungguh-sungguh sangat menghalang kebenaran semakan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) didengar di mahkamah.
Benarlah “Great Minds Discuss ideas; Average Minds Discuss Events; Small minds Discuss People”.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment