Home » Masa ada kuasa tidak buat, hilang kuasa janji bulan bintang disajikan untuk meraih sokongan
Politik Sudut Pandangan

Masa ada kuasa tidak buat, hilang kuasa janji bulan bintang disajikan untuk meraih sokongan

Rakyat perlu kekal dengan pendirian, menolak terus menolak, jangan terperangkap dengan janji-janji bulan bintang oleh parti-parti yang hilang yang ingin bangkit semula - Gambar Hiasan.


JIKA ada pemimpin parti yang hilang kuasa berjanji bulan bintang, untuk dapat sokongan, jangan percaya, itu semua gimik, kerana apa yang dijanjikan semasa berkuasa tidakpun dibuat.

Rakyat perlu kekal dengan pendirian, menolak terus menolak, jangan terperangkap menjilat ludah semula.

Keputusan rakyat menolak memang betul, berpandukan tiada kesungguhan merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat, malah sokongan yang diberikan berdekad-dekad dipermain-mainkan menerusi tindakan seperti melepas batuk di tangga.

Rakyat kena berdiri teguh pada kerajaan yang komited merealisasikan harapan dan aspirasi.

Kerajaan Sabah hari ini dengan pelan pembangunan menerusi halatuju Sabah Maju Jaya, akan membawa rakyat dan negeri ke arah kemajuan dan pembangunan yang mampan demi rakyat kini dan seterusnya.

Rakyat kena berhati-hati dan jangan terperdaya dengan janji-janji manis daripada mereka yang ingin menjadi kerajaan semula, kerana mereka itu boleh membuat janji apa sahaja, malah janji mereka ikan keringpun boleh berenang semula.

Kepada rakyat Sabah jangan ulangi menjadi uji cuba parti-parti yang dijadikan kuda tunggangan pemimpin untuk mendapat kedudukan, kerana telah terbukti, kuasa yang diberikan pada mereka bukan untuk kepentingan rakyat akan tetapi untuk diri sendiri.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment