Home » ๐—ฅ๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜ ๐—ด๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐—ป๐—ฒ๐—ป ๐—š๐—ฅ๐—ฆ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ถ
Berita Tempatan Politik

๐—ฅ๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜ ๐—ด๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐—ป๐—ฒ๐—ป ๐—š๐—ฅ๐—ฆ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ถ

Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Robert Tawik yakin GRS merupakan pilihan utama rakyat Sabah dalam PRN akan datang kerana parti ini bukan sahaja mencorakkan pentadbiran berteraskan keadilan kepada semua kaum dan agama di Sabah malah konsisten dalam perjuangan mempastikan hak-hak negeri terus terbela sepenuhnya.

KENINGAU: Semua pemimpin dalam parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) digesa untuk terus mempromosikan keharmonian dan mengelak perpecahan yang boleh meruntuhkan kekuatan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Robert Tawik berkata, walaupun kadangkala wujud perbezaan pendapat dikalangan pemimpin GRS, namun ia bukan suatu tiket untuk mencetuskan perbalahan yang akhirnya meruntuhkan kekuatan parti sehingga ada yang membawa haluan sendiri kerana rasa tidak berpuas hati atau kecewa.

โ€˜โ€™Memang dalam politik, terdapat perbezaan pendapat dikalangan pemimpin mahupun ahli parti dalam komponen GRS.

Namun, sebagai pemimpin politik yang matang, kena ada persefahaman untuk bertolak-ansur agar parti kita terus kukuh bagi menghadapi PRN akan datang yang agak mencabarโ€™โ€™, katanya.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Bingkor itu menjelaskan, pemimpin dan ahli-ahli parti komponen GRS tidak seharusnya mendabik dada dengan apa juga program yang dilaksanakan dan bangga dengan arah sokongan yang diterima.

Katanya, terdapat sesetengah pemimpin dan ahli parti yang bangga apabila program yang dilaksanakan di kawasan mendapat sambutan memberangsangkan sehingga mereka tidak menjemput salah seorang pemimpin dan ahli-ahli parti lain yang sama-sama berjuang dalam GRS.

โ€œJangan bersikap sedemikian, GRS adalah parti yang kita sama-sama perlu perkukuhkan untuk menghadapi parti lawan dalam PRN akan datang.

Amalkan slogan โ€˜Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Robohโ€™โ€, tegasnya dalam satu kenyataan disini.

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi kesetiaannya kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS termasuk kepada seluruh kepimpinan komponen parti tersebut.

Katanya, beliau yakin GRS merupakan pilihan utama rakyat Sabah dalam PRN akan datang kerana parti ini bukan sahaja mencorakkan pentadbiran berteraskan keadilan kepada semua kaum dan agama di Sabah malah konsisten dalam perjuangan mempastikan hak-hak negeri terus terbela sepenuhnya.

TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment