Home » Bersama GRS, pelaburan masa depan Sabah
Politik Sudut Pandangan

Bersama GRS, pelaburan masa depan Sabah

Jika kecenderungan pengundi tidak banyak berubah pada PRN-17 akan datang, dijangka GRS adalah parti yang menang kerusi terbanyak.


APA yang ditanam hari ini akan dituai kemudian. Demikian juga perjuangan, apa yang dimulai akan dirasai kejayaannya kemudian.

Pengwujudan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu gabungan berbagai parti tempatan merupakan pelaburan politik hari ini dan masa hadapan.

GRS adalah parti politik insklusif dan progresif yang merangkumi rakyat menduduki negeri Sabah rentas suku bangsa, agama dan latar belakang.

Tiada kejayaan yang dirasakan hasilnya tanpa pengorbanan. Tiada kejayaan jika tiada permulaan. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama.

Para pemimpin negeri yang berpandangan ke hadapan dan progresif menubuhkan GRS dan mengajak rakyat bersama sebagai platform perjuangan politik demi masa depan rakyat dan negeri sebagai manfestasi demi sayangi Sabah.

Empat teras perjuangan GRS, SabahFirst, SabahForward, SabahProsper, SabahUnited adalah keterjaminan masa depan rakyat dan negeri menuju kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan.

Rakyat Sabah tiada pilihan melainkan perlu menyokong GRS bukan sahaja platform politik dalam arena demokrasi akan tetapi pelaburan masa depan untuk dirasai kejayaannya.

Sebagai permulaan, kerajaan yang diterajui gabungan tersebut telah melancarkan Pelan Pembangunan, iaitu HALATUJU SABAH MAJU JAYA.

Pencapaian halatuju itu nyata, mencipta rekod, selain memperkenalkan berbagai peluang yang belum pernah diperkenalkan sebelum ini seperti penerokaan ekonomi biru dan kredit karbon. Penerokaan baharu ini untuk menganekaragam sumber ekonomi untuk pengwujudan kerterjaminan peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi.

Pemimpin yang mengetuai GRS tidak lain adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor seorang pemimpin yang berpengalaman, selain wakil rakyat terlama negeri yang bersambungan sejak tahun 1990.

Selain itu, GRS juga dibarisi para pemimpin yang benar-benar faham akan keperluan rakyat dan negeri, berpandukan pada pengalaman mereka berdekad samada dalam dunia politik juga kerajaan.

Rakyat Sabah akan berada pada landasan betul dan tepat bersama-sama barisan kepimpinan yang terangkum dalam GRS berbanding parti-parti lain yang hanya kaya dengan JANJI-JANJI BULAN BINTANG.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .