ADA dua kategori pemimpin parti, iaitu pemimpin berjangka hayat panjang (kategori pertama) dan pemimpin semusim (kategori kedua).
Parti politik yang dipimpin sebahagian besar kategori pertama biasanya akan mendapat sokongan rakyat secara umum, manakala kategori ke-2 seperti yang berlaku pada Parti Warisan walaupun diberi kesempatan menerusi lompat parti akan tetapi tidak mampu memanfaatkan peluang sebaliknya bertindak melampau, menjadikan kerajaan sebagai syarikat sendirian berhad atau enterprise.
Bagi parti kategori pertama akan berubah menjadi parti kategori kedua apabila ramai pemimpin bersifat pemimpin semusim, seperti mana berlaku pada Umno, semasa era Datuk Seri Najib dan diperburukkan pada era Datuk Seri Ahmad Zahid.
Rakyat sentiasa mengikuti perkembangan mana-mana pemimpin, daripada awal sehingga diberi jawatan sebagai amanah dan tanggungjawab.
Pemimpin semusim adalah kategori pemimpin yang lupa bumi dipijak. Perilaku berubah 360 darjah. Apabila keadaan ini berlaku maka yang mendapat kesan adalah parti. Bagi mereka yang mendapat peluang tiada yang dibimbangi jika pun parti hilang kuasa, kerana dalam semusim, bekal dikumpul untuk tempoh berdekad-dekad.
Berbeza dengan pemimpin berjangka hayat panjang, memilih susah senang dirasai bersama, sebab itu pemimpin kategori ini tidak menonjol daripada segi perubahan sikap, gaya hidup atau perlaku, sebaliknya demikian lah daripada permulaan berterusan seperti biasa.
Pada PRN-17 Sabah akan datang, parti yang dipimpin pemimpin kategori pertama akan terus mendapat sokongan rakyat.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment