Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) tahu dan sedar, cerita bohong dan fitnah menerusi putar belit dapat mempengaruhi minda rakyat seperti mana taktik yang digunakan parti itu menjelang PRU-14, telah menjadikan Ketua Menteri masa itu menjadi sasaran fitnah.
Berpandukan pada pengalaman parti itu pada PRU-14 yang berjaya merampas banyak kerusi daripada Umno- BN dan seterusnya menafikan majoriti sehinggakan Umno-BN terpaksa menjemput parti pembangkang STAR untuk bekerjasama membentuk kerajaan BN Plus, walaupun 48 jam kemudian kerajaan yang dibentuk tumbang, ekoran beberapa ADUN Umno dan UPKO dengan pertolongan tangan-tangan “ghaib” ,berpaling tadah dan menyokong DSSA dan Warisan serta Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan secara pintu belakang, DSSA dan barisan kepimpinan parti itu menggunakan pendekatan yang sama, dan kali ini menyasarkan Ketua Menteri dan anggota kabinet yang pernah menjadi anggota kabinet era Tan Sri Musa Aman (TSMA).
Menyasarkan pemimpin tertentu seperti yang dilakukan pemimpin dan penyokong Warisan yang terkait dengan TSMA, samada menerusi susur galur keluarga, perkhawinan mahupun produk kepimpinan, juga rakan-rakan dalam kabinet, adalah kaedah membangkitkan sokongan seperti mana berlaku pada PRU-14.
Seluruh jajaran kepimpinan dan penyokong Parti Warisan mencipta berbagai naratif putar belit, pembohongan dan fitnah, kerana mereka mempergunakan pendekatan “ sesiapapun tidak akan menang berdebat dengan mereka, kerana mereka percaya dan yakin atas pembohongan, fitnah dan putar belit”.
Atas sebab keyakinan dan kepercayaan itu, maka, mana-mana platform media atas talian yang dikendalikan oleh pemimpin dan penyokong parti itu berkandungan putar belit, iaitu memutar belit apa sahaja tindakan kerajaan, daripada yang sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya, seperti perwartaan Kajian Semula Perkara 112C dan 112D Perlembagaan.
Bayangkan isu tiket one-off kapal terbang bagi pelajar Sabah yang belajar di Sarawak dan Semenanjungpun diputar belit dengan berbagai dakyah pembohongan.
Pemimpin Parti Warisan sedar, mereka tiada modal politik untuk digunakan menarik sokongan rakyat, atas sebab itu, memilih kaedah mengelirukan, memperdaya rakyat.
Menurut mereka, mereka tidak rugi apa-apa menerusi pendekatan pembohongan dan fitnah menerusi putar belit, kerana mereka tidak berjanji apa-apa pada rakyat, melainkan hanya menimbulkan syak wasangka pada pemimpin dan kerajaan.
Mana-mana tindakan kerajaan yang disukai dan dihargai rakyat, mereka mengaku hasil usaha mereka, seperti penyerahan geran-geran tanah yang diukur menerusi kaedah PANTAS, sedangkan penyukatan tanah telah bermula sejak tahun 2010 lagi, 8 tahun sebelum Warisan menjadi kerajaan 22 bulan.
Selain itu mereka masih menggunakan nama mantan Ketua Menteri TSMA, sebagai pemimpin dibelakang layar dan dalang kepada kerajaan, dan mendakwa Ketua Menteri dan mantan anggota kabinet TSMA, adalah jelemaan pada pemerintahan mantan Ketua Menteri tersebut.
Pemimpin Warisan yakin keberhasilan mempengaruhi rakyat pada PRU-14, apabilakan TSMA dijadikan sabagai “punching bag” dan kambing hitam, akan juga dapat mempengaruhi rakyat. Kerana menurut pandangan mereka demikian, maka setiap ucapan para pemimpin parti itu di depan rakyat, adalah wajib nama TSMA perlu menjadi kandungan ucapan.
Pada hakikatnya mereka tidak sedar, semakin mereka memperburukan nama TSMA, semakin meluatnya rakyat, seperti mana dibuktikan pada PRN-16 dan PRU-15. Mereka tidak sedar, kerajaan Warisan tumbang kerana hasil gerakan TSMA, dan hasil gerakan itu dipersetujui rakyat pada PRN dengan menolak Warisan dan selepas itu ditolak lagi pada PRU-15.
Rakyat Sabah bukan berada dalam gua. Rakyat tahu menilai mata intan mana kaca. Kerana penilaian rakyat itu, walaupun pemimpin Warisan menggunakan pendekatan putar belit, fitnah dan pembohongan, rakyat tidak akan terperdaya atau terpesong, dan apa yang pasti, selepas PRN-17, para pemimpin parti itu akan melopong, kerana ditolak rakyat, kerana rakyat tahu tipu helah mereka.
Pun demikian jentera parti yang memerintah perlu sentiasa proaktif menepis, memberi penjelasan, penerangan, jika tidak, berkemungkinan rakyat akan terpesong, kerana isu-isu yang diulang-ulang walaupun pembohongan dan fitnah serta putar belit, boleh mempengaruhi rakyat.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment