Home » Rakyat Sabah perlu sokong gabungan parti tempatan
Politik Sudut Pandangan

Rakyat Sabah perlu sokong gabungan parti tempatan

Pada PRN-17, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertanding mewakili parti tempatan, dan diharapkan rakyat menyokong parti itu agar rakyat tidak menjadi sebahagian senjata makan tuan.

Pada PRU-15, undi yang diperolehi parti Warisan dan PKDM mencerminkan sokongan lokal/tempatan manakala undi parti-parti lain adalah campuran antara lokal dan nasional.

Pada PRU tersebut parti Warisan mendapat 24 peratus undi atau seramai 259,518, KDM 7 peratus dengan undi 78,404, parti berunsur nasional dan lokal, PH 28 peratus atau 294,676 undi; BN 20 peratus atau 208,971 undi; GRS 18 peratus atau 194,324 undi.

Berpandukan pada PRU-15, pengundi yang mutlak untuk parti lokal berjumlah 31 peratus. Mungkin boleh diandaikan daripada baki 69 peratus, setengahnya berkenderungan lokal, berpandukan pada parti, jika demikian, dapat disimpulkan, pengundi yang berkecenderungan pada parti tempatan menghampiri 2/3 daripada keseluruhan pengundi.

Tidak dinafikan selagi ada pemimpin tempatan yang memasarkan parti nasional, maka selagi itu ada penyokong. Contoh mudah adalah parti DAP. Parti DAP di kawasan majoriti pengundi cina tiada mana-mana parti pada masa ini boleh bersiang dengan parti itu.

Di mata pengundi bumiputera pula, walaupun ada pemimpin tempatan masih memimpin dan memasarkan parti nasional, akan tetapi mereka mempunyai parti alternatif, iaitu parti tempatan.

Memilih parti tempatan bertujuan untuk memperkukuh kuasa pengimbang atau “bargining power” kerana pengalaman rakyat semasa menyokong parti nasional, mereka hanya dijadikan kuda tunggangan selain dibuli, kerana fakta menunjukkan parti nasional tidak mempunyai kesungguhan menunaikan harapan dan aspirasi rakyat.

Berdekad-dekad, kemajuan dan pembangunan negeri terabai atas sifat jika adapun rancangan pembangunan ianya berorentasi seperti melepas batuk di tangga.

Ambil ikhtibar, walaupun parti nasional dapat membentuk kerajaan kerana faktor sokongan parti tempatan, akan tetapi, isu-isu tertangguh berkaitan hak-hak negeri yang diabaikan semasa parti nasional berkuasa dengan kekuatan yang cukup hebat, masih tidak ditunaikan. Cuba bayangkan apa yang berlaku, jika parti nasional kembali kuat, manakala parti tempatan hanya seperti melukut di tepi gantang seperti mana berdekad-dekad lalu, maka kesimpulannya, akan bertambah masa lagi harapan dan aspirasi rakyat untuk ditunaikan atau akan melopong sampai bila-bila.

Sepatutnya rakyat Sabah perlu membuat keputusan, jangan menjadi sebahagian menyokong parti nasional, kerana ianya sebahagian daripada senjata makan tuan. Belajar lah apa yang telah berlaku, dan jangan sanggup lagi dipatuk ular di lubang yang sama.

Pada PRN-17, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertanding mewakili parti tempatan, dan diharapkan rakyat menyokong parti itu agar rakyat tidak menjadi sebahagian senjata makan tuan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment