Home » Jawatankuasa baharu SUCCC erat hubungan jayakan Hala Tuju SMJ
Berita Tempatan Politik

Jawatankuasa baharu SUCCC erat hubungan jayakan Hala Tuju SMJ

KUNJUNGAN: Hajiji menerima cenderamata daripada Michael (lima kanan) selepas mengadakan kunjungan hormat bersama Jawatankuasa SUCCC di Sri Gaya.

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) yang baharu dilantik berikrar untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan bekerjasama dengan komuniti perniagaan Sabah untuk mencapai Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ.

Presiden SUCCC yang baharu Datuk Michael Lui berkata demikian semasa mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini hari ini.

Semasa kunjungan hormat itu, Michael turut menyerahkan jemputan rasmi kepada Hajiji sebagai tetamu kehormat untuk menyaksikan majlis pelantikan jawatankuasa yang baharu.

Wakil SUCCC yang turut hadir, Timbalan Presiden Datuk Guan Ka Hock; Naib Presiden Datuk Pak Chee Eng, Datuk Chew Ah Kau, Datuk Tang Lung Sing, Kapitan Ng Nai Yong; Setiausaha Kehormat Datuk Yong Hen Vui; Bendahari Kehormat Chia Seong Fatt; Naib Setiausaha Kehormat Cheoh High Weal; dan Ketua Penyeliaan Datuk Seri Chong Nyuk Yong.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment