Home » Gagasan Rakyat Apas akan pastikan DUN Apas kekal milik GRS: Nizam
Berita Tempatan Politik

Gagasan Rakyat Apas akan pastikan DUN Apas kekal milik GRS: Nizam

KENANGAN:Nizam bergambar kenangan bersama bersama dengan Ketua-ketua Pemuda, Beliawanis dan Ketua Penerangan bahagian Kuamut dan Lamag di sini, semalam di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kawasan Apas, kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah dan kerusi untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah untuk DUN Apas.

Beliau berkata Gagasan Rakyat bahagian Apas akan memberi yang terbaik dan kemenangan kepada Calon GRS khususnya kawasan Apas.

“Gerak kerja yang mantap dari akar umbi bersama pasukan menyaksikan sambutan terhadap Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diterima baik oleh masyarakat di kawasan DUN Apas,” katanya yang juga Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Sabah.

Beliau berkata demikian selepas perjumpaan bersama dengan Ketua-ketua Pemuda, Beliawanis dan Ketua Penerangan bahagian Kuamut dan Lamag di sini, semalam di Kota Kinabalu.

Jelas Nizam Dun Apas sahaja kita ada lebih 10,000 ahli Gagasan Rakyat dan mempunyai 183 cawangan, sambutan amat menggalakkan dan setiap hari memang ada menerima permohonan untuk menjadi ahli Gagasan Rakyat dan menubuhkan cawangan.

“Perkara itu terbukti apabila jumlah keahlian Gagasan Rakyat DUN Apas setakat ini mencecah lebih 10,000 ahli dan mempunyai 183 cawangan di kawasan itu.

Dalam pada itu, Nizam yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah turut menyangkal dakwaan presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal bahawa ramai ahli yang masuk Parti Warisan di Tawau, Kudat dan Sandakan.

Shafie berkata demikian dalam satu laporan media selepas menghadiri Jelajah Presiden Warisan Bagi Parlimen Sepanggar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai pada Ahad.

“Setakat ini saya melihat ramai yang keluar dari Parti Warisan dan ingin menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah.

“Ini adalah kenyataan dan terbukti cawangan Gagasan Rakyat yang kita tubuhkan di kawasan Apas sendiri adalah 183 cawangan dan mereka ini termasuk daripada bekas ahli dan pemimpin Parti Warisan di Bahagian Apas.

— TAMAT