Home » KRT diajak pupuk perpaduan, demi keharmonian
Berita Tempatan Politik

KRT diajak pupuk perpaduan, demi keharmonian

AMANAT: Annuar menyampaikan ucapannya pada majlis itu.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman merasmikan Majlis Apresiasi, Penyampaian Watikah Pelantikan dan Suai Kenal Ahli Jawatankuasa (AJK) Komuniti Rukun Tetangga Daerah Keningau Zon B sesi 2024/2025 di Dewan Masyarakat Keningau pada Sabtu lalu.


Program itu merupakan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah dan Pejabat Perpaduan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Keningau Zon B.


Annuar yang juga Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Berhad (SEC) dalam ucapannya berharap program itu dapat diteruskan bagi memberikan semangat kepada warga Rukun Tetangga tidak kira yang lama atau baharu di lantik.


Katanya, ia penting bagi membolehkan komuniti turut serta memperjuangkan perpaduan bagi memupuk kesatuan sekaligus mengelak daripada isu perkauman, persengketaan, pergaduhan yang dikhuatiri jika tidak dipupuk ia akan menjejaskan negara.


“Kita perlu mensyukuri nikmat merdeka yang mana pemimpin terdahulu memperjuangkan dan kita sekarang menikmatinya bersama.


“Namun perlu diingat bahawa perjuangan ini belum selesai selagi terdapat hasutan dan anasir negara yang mengganggu gugat perpaduan kita,” katanya.


Justeru itu, Annuar mengajak masyarakat berbilang kaum di negara ini supaya terus menyebarkan kebaikan kepada sesama sendiri agar tiada masalah perpaduan di masa akan datang.


“Saya menyeru semua untuk sama-sama mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang telah lama terjalin bersama dan sentiasa tunjukkan sikap baik terhadap orang lain tidak kira kawan atau pun yang tidak kita kenal.


“Sebagai seorang pemimpin di kawasan ini, sudah pasti saya ingin melihat daerah Keningau ini khususnya dan negeri Sabah amnya terus makmur makmur dan sejahtera meliputi semua perkara.


“Namun itu semua tidak akan tercapai jika kita semua tidak bersama-sama untuk mencapai ke arah itu,” katanya. oleh 

–Kenneddy Corlleus

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment