Home » Bakat tempatan akan dibawa balik ke Sabah
Berita Tempatan Politik

Bakat tempatan akan dibawa balik ke Sabah

KOTA KINABALU: Membawa balik semula bakat ke negeri ini antara agenda yang dibincangkan bersama diantara Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Menteri Sumber Manusia Steven Sim, di Sri Gaya kelmarin.

Steven menjelaskan kepada Hajiji, kementeriannya menerusi HRD Corp akan berusaha untuk membantu dalam hal berkenaan.

Perbincangan turut menyentuh topik cadangan agar Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) boleh mewujudkan pusat pemulihan untuk para ahlinya di Sabah.

SELAMAT DATANG: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Sumber Manusia Steven Sim, di Sri Gaya kelmarin.

Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat Datuk Frankie Poon, Pengarah Jabatan Buruh Sabah Wan Zulkifli Wan Setapa, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemulihan PERKESO Datuk Dr Hafez Hussain.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment