Home » Ahli Gagasan Rakyat perlu terus capai kesatuan
Berita Tempatan Politik

Ahli Gagasan Rakyat perlu terus capai kesatuan

KESATUAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew berkata Sabah kini berada di landasan yang lebih baik berkat kesatuan dan kestabilan politik.

SANDAKAN: Semua ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dimohon untuk kekal bersatu dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew berkata, semua ahli perlu mengelakkan daripada konflik dalaman yang mampu menjejaskan kestabilan parti berkenaan di kawasan Karamunting.

“Sabah kini berada dalam landasan yang baik berbanding sebelum ini, rakyat juga sudah bosan dengan pergolakan politik.

“Rakyat hanya mahukan keamanan dan kestabilan untuk terus mencapai kemajuan,” katanya.

PENGHARGAAN :Datuk George Hiew (dua kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah.

Baru-baru ini Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat DUN Karamunting telah dilancarkan oleh Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah.

Seramai 350 orang  telah hadir bersama-sama menjayakan program itu.

George berkata, suasana ramai diantara pemimpin dan ahli parti berkumpul membuktikan komitmen mereka terhadap kestabilan negeri ini.

“Marilah kita teruskan momentum ini dan terus berusaha untuk masa depan yang lebih cerah bagi negeri tercinta ini,” katanya.

— Yap Siong Han

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment