Home » Pengamal media mempunyai peranan penting bantu kerajaan
Berita Tempatan Politik

Pengamal media mempunyai peranan penting bantu kerajaan

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Media bersama Menteri KPMKR di sini semalam.

KOTA KINABALU: Pengamal media negeri ini mempunyai peranan penting membantu kerajaan untuk menyebarkan maklumat sahih berkaitan usaha setiap kementerian.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Datuk James Ratib berkata, kerjasama rapat antara KPMKR dan pengamal media penting ke arah usaha itu.

“Ia termasuklah sektor kesihatan, kesejahteraan dan beberapa bidang keutamaan lain yang harus dikongsikan kepada masyarakat.

“Pihak saya akan sentiasa bersedia mengeratkan lagi kerjasama dengan pihak media.

“Saya ingin tekankan bahawa media merupakan pihak yang dapat memberikan maklumat lanjut kepada masyarakat tentang golongan sasar KPMKR seperti golongan wanita, kanak-kanak, golongan tua, para pesakit, OKU seumpanya, dan cara untuk membantu mereka. 

“Saya berpendapat, semua pihak harus melihat semula fungsi yang dimainkan oleh media massa dalam menyebarluaskan maklumat mengenai isu kesamarataan hak-hak golongan sasar ini kepada masyarakat. 

“Ini kerana, akibat daripada kekurangan pengetahuan yang sahih mengenai fungsi media massa sebagai pencorak sosio-budaya serta maklumat mengenai kesamarataan hak-hak golongan berkeperluan khas yang ada.

“Maka hal ini telah menyebabkan kesukaran mengidentifikasikan proses pemahaman, penilaian dan pembentukan tingkah laku di dalam masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Media bersama Menteri KPMKR di sini, kelmarin.

Beliau berkata, semua pihak perlu bertindak membantu mengatasi kekurangan maklumat dan pengetahuan masyarakat mengenai kesamarataan hak dalam kalangan golongan sasar di Malaysia dari perspektif media dan masyarakat. 

“Sekali lagi ditekankan, media massa adalah alat atau instrumen terpenting yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, membina persepsi dan tanggapan, dan membentuk sikap masyarakat tentang maklumat yang disampaikan,” katanya.

— Yap Siong Han

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment