Home » Anwar tiba menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksana Perjanjian Malaysia 1963
Berita Tempatan Politik

Anwar tiba menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksana Perjanjian Malaysia 1963

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Hajiji (Kanan), Fadillah (belakang) dan Abang Johari (kiri) menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 di Kota Kinabalu, Sabah, 12 September, 2024. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri.

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksana Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA) di sini hari ini.

Hadir sama ke mesyuarat berkenaan adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ketibaan Anwar dan tetamu kehormat lain kira-kira jam 2.25 petang selepas selesai merasmikan Karnival Segalanya Felda di Felda Sahabat Lahad Datu pagi tadi.

Mesyuarat berkenaan dijalankan sempena lawata kerja dua hari Perdana Menteri ke Sabah bermula semalam.

Malam tadi Anwar turut diiringi Hajiji dan menjadi tetamu kehormat sempena Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour di sini.

— TAMAT