Home » MA63: 11 tuntutan selesai di bawah kepimpinan 3 Perdana Menteri
Politik Sudut Pandangan

MA63: 11 tuntutan selesai di bawah kepimpinan 3 Perdana Menteri

Pada khamis Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam sidang akhbar selepas menghadiriMTPMA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri di SICC Kota Kinabalu memberitahu 11 tuntutan dalam MA63 diselesaikan, 7 di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 3 di bawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dan 1 di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

DARIPADA 10 Perdana Menteri, hanya tiga daripadanya berani atau sanggup menyelesaikan tuntutan-tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pada khamis Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri di SICC Kota Kinabalu memberi tahu 11 tuntutan dalam MA63 diselesaikan, 7 di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 3 di bawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dan 1 di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baki tuntutan lain akan menyusul dan tentunya akan selesai pada era kepimpinan Anwar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan. Walaupun PH merupakan parti dominan dalam Kerajaan Madani, akan tetapi PKR bukan parti yang dominan, seperti mana kedudukan Umno era kerajaan Barisan Nasional.

Demikian juga Datuk SeriIsmail Sabri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, parti mereka bukan parti dominan semasa menjadi Perdana Menteri, tetapi berani dan sanggup bertindak menyelesaikan tuntutan-tuntutan dalam MA63.

Secara literal apabila Perdana Menteri bukan daripada parti dominan maka mempunyai keberanian dan kesanggupan berbanding Perdana Menteri yang memimpin parti yang dominan atau mendominasi kerajaan.

Hakikatnya bukan demikian, berani dan sanggup terletak pada iltizam pemimimpin tersebut dan menghormati apa yang telah disepakti.

Sifat membuli pada yang lemah adalah tindakan tersirat terutama pada era Perdana Menteri ke-4, walaupun agak lunak pada pada PM-6, apabila merealisasikan Lebuh Pan Borneo dan mengiktiraf 16 September sebagai cuti umum seluruh negara.

Walaupun Datuk Seri Anwar mempunyai iltizam yang tinggi menyelesaikan tuntutan-tuntutan, tentunya beliau bukan bertindak sewenang-wenang tanpa persetujuan daripada rakan-rakan parti beliau dalam PH iaitu DAP, Amanah dan UPKO.

Pada rakyat Sabah khususnya, kini semakin jelas, berdekad-dekad tuntutan-tuntutan dalam MA63 terbantut, tertangguh, malah tiada kesungguhan menyelesaikannya, angkara pemimpin parti mana?. Sabah pernah di bawah pemerintahan Umno sebagai tulang belakang daripada tahun 1994-2018, tiada satu tuntutan pun pernah diselesaikan, malah geran khas dibiarkan dengan amaun yang sama RM26.7 juta sejak tahun 1969.

Kini Umno ada hati merenggangkan hubungan antara GRS-PH dengan tindakan-tindakan sepihak dengan membuat kenyataan demi kenyataan bahawa pada PRN-17 Sabah BN bekerjasama dengan PH, tanpa mengambilkira kedudukan Kerajaan Sabah hari ini.

PH Sabah di bawah pimpinan Datuk Christina Liew dan PKR di bawah Pimpinan Datuk Mustapha Sakmud, bukan pemimpin yang boleh dianggap enteng oleh pemimpin Umno, kerana mereka sudah matang dengan tindak tanduk kepimpinan parti itu yang tidak serupa bikin.

Jerat Bung dan Zahid memerrangkap PH Sabah akan menemui kegagalan, dan diyakini, kolaborasi/kerjasama GRS-PH Plus ( wakil rakyat Umno akan bertanding menggunakan logo GRS) akan diteruskan pada PRN-17 akan datang. Mengapa diteruskan, kerana melihat, Umno kehilangan kerelevanan dalam isu-isu membela dan memperjuangkan hak-hak Sabah seperti mana fakta berkaitan tuntutan-tuntutan dalam MA63.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .