KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meninjau perjalanan majlis dan raptai pertama Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, malam kelmarin.
Beliau yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk sambutan Hari Malaysia 2024 hadir bersama-sama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.
Turut mengiringi, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS), Josie Lai dan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor.
Raptai pertama Sambutan Hari Malaysia 2024 bermula pada 9.30 malam tadi.
— TAMAT
Add Comment