Home » Video tular papar ‘air terjun’ di sebuah pangsapuri
Berita Am Berita Dalam Negara

Video tular papar ‘air terjun’ di sebuah pangsapuri

Kejadian ‘air terjun’ dipercayai akibat tangki pecah dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Taman Mas, Puchong tular pada Khamis. -Foto Sinar Harian

PUCHONG: Kejadian ‘air terjun’ dipercayai akibat tangki air pecah di sebuah pangsapuri di Taman Mas di sini tular pada Khamis.

Video berdurasi tiga minit 59 saat itu turut menunjukkan beberapa kenderaan yang di parkir di pekarangan bangunan berkenaan terkena curahan air deras.

Bagaimanapun, video rakaman menunjukkan kejadian kembali reda kira-kira dua minit kemudian dan orang ramai mula berkumpul di kawasan terbabit. 

Seorang pengendali Facebook menggunakan akaun nama Cik Bybie II berkata, beliau pernah menyewa sebuah pangsapuri di kawasan itu pada tahun 2016.

“Masa itu rumah tingkat sembilan berdekatan tangki air dan apabila tangki pecah habis semua barang dalam rumah rosak, lebih-lebih lagi (kejadian berlaku) semasa dalam pantang.

“Fobia dengar bunyi tangki pecah kami kemudian berpindah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu. –Sinar Harian

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment