Home » PAC beri taklimat sempena lawatan kerja ke Sabah
Berita Tempatan Politik

PAC beri taklimat sempena lawatan kerja ke Sabah

LAWATAN: Hajiji terima kunjungan daripada PAC yang diketuai oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada Khamis di Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang diketuai Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu pada Khamis di sini.

Pada pertemuan itu, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah Melaka memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai lawatan kerja PAC ke Sabah yang bermula 29 September lalu, termasuk lawatan ke tapak projek menaik taraf air Sandakan dan Tawau.

LAWATAN: Hajiji terima kunjungan daripada PAC yang diketuai oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada Khamis di Menara Kinabalu.

Ahli delegasi PAC terdiri daripada 11 ahli Parlimen lain iaitu Vivian Wong (Sandakan), Datuk Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah), Theresa Kok (Seputeh), Azli Yusof (Shah Alam), Datuk Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu), Datuk Mohad Isam Mohad Isa (Tampin), Dr. Halima Ali (Kapar), Datuk Ali Anak Biju (Saratok), Ahmed Tarmizi Suleiman (Sik), TS Zeher Hasan (Wangsa Maju) dan Dr. Richard Rapu (Betong).

— TAMAT