KURANG tepat jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sanggup berkerjasama dengan Umno Sabah sedangkan pemimpin parti itu terutama kumpulan Datuk Bung Moktar Radin sentiasa di hadapan menentang polisi atau tindakan kerajaan yang ditunjangi GRS.
Kenyataan Ketua Menteri baru-baru ini di Tenom bahawa kerajaan negeri akan mengeluarkan keluasan tanah tertentu di kawasan SFI untuk digazetkan sebagai tanah perkampungan dikatakan bohong oleh Ketua Umno Sabah tersebut, dan meminta rakyat Tenom jangan percaya atau terpedaya.
Walaupun Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS mengatakan bahawa ada kemungkinan kerjasama dengan Umno Sabah pada PRN-17, kerana secara umumnya Umno masih menyokong kerajaan negeri sesuai dengan mandat rakyat pada PRN-16, kecuali kumpulan Bung yang menarik sokongan.
Persoalan yang perlu dijawab adalah keterjaminan ADUN Umno yang menyokong kerajaan negeri apa kah diberi peluang mempertahankan kerusi.
Melihat tindak-tanduk Bung, dan kumpulannya, mereka yang menyokong kerajaan negeri tidak akan dicalonkan semula, apatah lagi mereka yang digantung keahlian.
Kerajaan negeri tidak boleh kehilangan perkhidmatan ADUN Tanjung Keramat yang juga Timbalan Ketua Menteri III, kerana KPI beliau dalam pemerintahan cukup tinggi dan baik. Demikian juga perkhidmatan ADUN Tanjung Batu, adalah merugikan rakyat Sabah secara umum atau khasnya DUN Tajung Batu, jika ADUN tersebut tidak dibenarkan mempertahankan kerusi.
Kerjasama dengan Umno akan diputuskan oleh pucuk pimpinan GRS apabila bermesyuarat pada hujung November depan.
Kedudukan Umno Sabah agak unik, kerana sebahagian pemimpin parti itu bersama kerajaan negeri, dan sebahagian lagi menentang.
Ada lah dilema mereka yang bersama kerajaan kerana ada di antara mereka itu digantung keahlian, ertinya tertutup dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi kecuali di saat-saat akhir pengantungan dipendekan atau ditarik.
Pandangan penulis kerjasama dengan Umno berdepan kerumitan berkaitan agihan kerusi, atas sebab selain kawasan-kawasan yang diintai parti itu juga kerusi-kerusi yang kini mewakili GRS.
GRS tentunya meletakan calon di Dun Tempasuk, Pantai Dalit, Tanjung Keramat, Balung dan Tanjung Batu, dan besar kemungkinan di Bengkoka, Sungai Manila, Sungai Sibuga, Sukau dan Lamag, tidak terkecuali DUN Usukan.
Maklumat lapangan secara umumnya, terutama di kawasan-kawasan di sandang Umno dan Warisan, rakyat cenderung di wakili GRS.
GRS tidak boleh mengabaikan kehendak rakyat, kerana rakyat lah yang berpengalaman mengharungi berbagai karenah parti-parti tersebut di masa lalu.
Tindakan Umno Sabah dengan bantuan Presiden parti itu menerusi dana KKDW menerusi perlantikan JKDM atau JPKKP ada lah contoh pecah dan perintah, dan sepatutnya kaedah ini dinoktahkan.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment