Home » Hajiji terima kunjungan Panglima 5 Divisyen
Berita Tempatan Politik

Hajiji terima kunjungan Panglima 5 Divisyen

KUNJUNGAN: Hajiji menerima cenderamata daripada Noorrul semasa kunjungan hormat terbabit.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Panglima Lima Divisyen yang baharu, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.

Noorrul mengambil alih jawatan Panglima 5 Divisyen berkuat kuasa pada 11 September lalu daripada Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman yang bertukar ke Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (BOLP), Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebelum menyandang jawatan Panglima 5 Divisyen, Noorrul adalah Asisten Ketua Staf Operasi Latihan dan Pertahanan, Markas ATM.

Hadir sama semasa kunjungan ini ialah Timbalan SUP Sabah, Mastina Ibnu Hassan. 

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment