Home » Pengurusan Tertinggi ConocoPhillips Malaysia bertemu Hajiji
Berita Tempatan Politik

Pengurusan Tertinggi ConocoPhillips Malaysia bertemu Hajiji

ALBUM: Hajiji (dua kanan), Masidi (kanan) bersama Lisa ketika dalam pertemuan itu.

KOTA KINABALU: ConocoPhillips Malaysia yang diketuai oleh Presidennya, Lisa Bruner, bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, pada Isnin.

Hadir sama Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.

ConocoPhillips adalah sebuah syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang terlibat dalam penerokaan di perairan Sabah.

Bersama Lisa adalah Pengurus Besar, Pertumbuhan dan Aset WL4-00, Ian Lim serta Pengurus Besar Aset KBB, Ian Ramshaw.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SMJ Energy, Dr. Dionysia Kibat dan Pegawai Eksekutif Huluan, Albert Lo serta Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment