Home » Bekas ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu meninggal dunia
Berita Tempatan Politik

Bekas ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu meninggal dunia

Datuk Dr Hiew King Cheu.

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Dr Hiew King Cheu meninggal dunia awal pagi Selasa.

Difahamkan, ahli politik veteran berumur 72 tahun itu meninggal dunia ketika menjalani rawatan kanser paru-paru di Hospital Queen Elizabeth II (HQE2).

Jenazah Hiew kini berada di Rumah Jenazah Fook Lu Siew 2B dan upacara pengebumian dijadualkan pada 18 Oktober depan.

Hiew adalah Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu dari 2008 hingga 2013 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang dari 2013 hingga 2018.

Beliau meninggalkan DAP pada 2014 untuk menjadi ADUN bebas selepas kejatuhan dalaman DAP Sabah seterusnya menyertai MCA Sabah di mana beliau berkhidmat sebagai ADUN Luyang dalam kerajaan Barisan Nasional negeri ketika itu.

Pada 2018, beliau meninggalkan MCA Sabah untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) yang baru ditubuhkan sebagai timbalan presiden, beliau bagaimanapun tidak berjaya bertanding di kerusi Luyang pada pilihan raya negeri 2020 dibawah PGRS, mendiang kemudiannya meninggalkan PGRS dan kekal aktif dalam politik.

Hiew, yang juga seorang jurutera melalui latihan memulakan penglibatan politiknya dengan Parti Maju Sabah (SAPP) pada pertengahan 1990-an.

Mendiang meninggalkan isterinya Datuk Julia Thien, dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.

— Utusan Borneo

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment