Home » PRU15: ‘Undilah saya buat kali terakhir’ – Muhyiddin Yassin
Berita Dalam Negara Politik

PRU15: ‘Undilah saya buat kali terakhir’ – Muhyiddin Yassin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut mengesahkan bakal bertanding di Pagoh bagi mempertahankan kerusi itu. – Bernama


MUAR:
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini berkemungkinan menjadi pentas terakhir buat beliau untuk bertanding dalam pilihan raya.

Malah, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut mengesahkan bakal bertanding di Pagoh bagi mempertahankan kerusi itu.

“Saya cakap itu maknanya pilihan raya ini mungkin yang terakhir buat saya. Tidak mengapalah.

“Saya juga nak bagi tahu rakan-rakan saya supaya berikanlah peluang kepada orang muda-muda.

“Hampir 50 tahun saya terlibat dalam politik nasional dan telahpun memegang pelbagai jawatan. Maka saya merasakan ia sudah cukuplah. Kasi chance pada orang lain,” Katanya pada sidang media selepas sesi ramah mesra bersama masyarakat Cina di Bukit Kepong, di sini, pada Jumaat.

Bagaimanapun ujarnya, beliau tetap akan menabur khidmatnya untuk tempoh lima tahun lagi sekiranya gabungan itu menang dalam PRU15 nanti.

Katanya, PN, khususnya parti Bersatu, masih mempunyai pelapis muda yang berkaliber serta mampu menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin sebaik pengunduran dirinya itu.

Muhammad Aiman Hakeem