PEMIMPIN suka bermain emosi rakyat, adalah kategori pemimpin tidak konsisten, boleh bertukar warna mengikut keadaan.
Di Sabah para pemimpin Parti Warisan terkategori sebagai pemimpin yang dimaksudkan kerana semasa parti itu dilancarkan dengan lancang menolak parti import tetapi pada PRU-14 bekerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan pada masa sama mahu menghalau Parti Umno daripada Sabah.
Selepas PRU tersebut, ADUN Umno dan BN juga yang membolehkan Parti Warisan menjadi kerajaan dan Datuk Seri Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri.
Apabila Parti Warisan gagal mempertahankan kerajaan pada PRN-16 dan keputusan PKR, DAP dan UPKO tidak menyokong Langkah Kinabalu, maka pemimpin parti itu mengkategorikan tiga parti itu sebagai musuh, dan menjadikan Umno/BN pula sebagai rakan, akan tetapi pada keadaan sama cuba mempengaruhi PBS dan STAR , parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk bersama parti itu menerusi pendekatan “parti tempatan”.
Cadangan kerjasama antara parti Warisan-PBS-STAR bukan sahaja diapungkan oleh pemimpin Parti Warisan, juga surat khabar tempatan seperti Daily Express yang menulis dengan tajuk “Star says is keeping Warisan option open” menterjemahkan kenyataan Presiden STAR bahawa dalam politik itu penuh dengan kemungkinan termasuk di saat-saat akhir boleh berlaku perubahan.
Pemimpin Parti Warisan tersalah memahami konsep yang diketengahkan GRS- Rumah Kita, Kita Jaga, yang tidak bermaksud menutup kerjasama dengan parti nasional.
Maksud GRS adalah parti tempatan yang menunjangi kerajaan negeri bersama-sama parti nasional, tidak seperti BN, parti nasional menunjangi kerajaan negeri.
Memang dikalangan komponen GRS antaranya parti STAR, SAPP dan USNO menyuarakan agar parti nasional berkecuali pada PRN-17 Sabah, akan tetapi senario politik Sabah hari ini tidak memungkinkan keadaan itu berlaku, dan memang pun tidak pernah berlaku termasuk di Sarawak.
Meneliti senario politik Sabah dan sesuai dengan kedudukan kerajaan negeri hari ini, kerjasama antara parti-parti yang menerajui kerajaan negeri hari ini perlu diterusakan, memandangkan kerjasama itu efektif dalam memajukan dan membangun negeri.
Keserasian yang terbina antara parti dan pemimpin sejak 2 tahun lalu, walaupun relatif singkat akan tetapi cukup efektif menterjemahkan aspirasi rakyat Sabah.
Seperkara lagi, para pemimpin atau parti yang menerajui kerajaan hari ini sentiasa “Walk The Talk” tiada yang retorik, tidak bermain dengan emosi rakyat melainkan bertindak sesuai dengan kehendak rakyat.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment