Home » Pentadbiran 26 bulan kerajaan Warisan bagaikan kera mendapat bunga
Politik Sudut Pandangan

Pentadbiran 26 bulan kerajaan Warisan bagaikan kera mendapat bunga

Kesan ekonomi yang merudum, maka 32 ADUN bertindak menarik sokongan untuk menyelamatkan negeri, akan tetapi Shafie degil tidak mahu menyerahkan kuasa sebaliknya membubarkan DUN.

Shafie Apdal berlagak serba tau!

Selama 26 bulan Datuk Seri Shafie Apdal jadi Ketua Menteri, bagaikan kera mendapat bunga, bagaikan tikus membaiki labu.

Akan tetapi selepas hilang kedudukan Ketua Menteri menjadi serba tahu, sehinggakan di mata beliau tiada satu tindakan kerajaan pun yang betul, malah mendakwa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah kerajaan gagal.

Bagi Shafie apabila ekonomi negeri merudum sehingga negatif pertumbuhan semasa era kerajaan Parti Warisan, ianya bukan kerajaan gagal, tapi silap ekonomi kenapa merudum.

Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal .

Kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berjaya memulihkan ekonomi daripada pertumbuhan negatif kepada positif, kutipan hasil mencatit rekod tertinggi tiga tahun berturut-turut, kutipan yang belum pernah dicapai oleh mana-mana era kerajaan negeri sebelum ini, akan tetapi di mata Shafie, sesuatu peningkatan hasil kutipan menunjukkan satu kegagalan.

Hanya pemimpin abnormal melihat yang baik menjadi sebaliknya, sebab itu orang gila tidak mengaku gila. Sebab orang gila tidak sembuh, sebab tidak mahu makan ubat, kerana menganggap ubat tidak perlu, kerana merasa tidak gila.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Sebagai ketua pentadbir, sebaik dilantik, langkah pertama, adalah memperkenalkan hala tuju, supaya kerajaan yang diurus/ditadbir mengikut keranga hala tuju, tetapi, apa yang berlaku selama 26 bulan, kerajaan menjadi rojak, kerajaan diurus tanpa haluan, tanpa destinasi, tanpa tujuan, kesannya ekonomi merosot. Kerana ekonomi merosot, kutipan hasil rendah, gilirannya, kerajaan tidak cukup wang. Apabila kerajaan tidak cukup wang, Shafie memberi amaran pada rakyat jangan bergantung pada bantuan kerajaan.

Kerajaan sebelumnya tiap tahun menyisihkan sejumlah wang untuk membayar bond yang diterbitkan kerajaan, dan jumlah wang terkumpul itu cukup membayar pinjaman pada masa yang ditetapkan. Kerana wang cukup, Shafie dengan angkuhnya, mengumumkan, dalam sekelip mata kerajaan yang beliau terajui membayar pinjaman sekali gus (kupon dan prinsipal), seolah pemerintahan beliau mempunyai lampu alladdin, tetapi hujung-hujung kedapatan, bahawa tiada lampu alladdin, apabila ekonomi menjunam dengan teruk sekali.

Kesan ekonomi yang merudum, maka 32 ADUN bertindak menarik sokongan untuk menyelamatkan negeri, akan tetapi Shafie degil tidak mahu menyerahkan kuasa sebaliknya membubarkan DUN.

Menerusi PRN-16, terbukti rakyat juga marah dan menolak kerajaan Warisan, maka berlakulah sejarah baru bagi negeri, kerajaan tersingkat, kerana kerajaan-kerajaan lalu sebelum era Umno/Bn, bertahan dua penggal.

Menjelang PRN-17, Shafie menabur janji bulan bintang, kadang tidak masuk akal, tidak praktikal, tetapi kepetahan beliau bercakap, ikan kering pun boleh berenang semula.

Rakyat berhati-hati tentang apa yang dicakap Presiden Warisan tersebut, kerana jika tidak diselidik, akan terperangkap dengan hujah-hujah seperti mana kaedah scammer memperdaya mangsa-mangsa penipuan.

Tidak keterlaluan, cara Shafie dan pemimpin Warisan berpolitik seiras dengan cara-cara scammer.

Mangsa scammer di negara ini bukan sedikit, malah mereka yang menjadi mangsa daripada kalangan elit. Menjadi mangsa, kerana tidak peka dan usul periksa.

Atas sebab itu, kepada rakyat Sabah, menjelang PRN-17 Sabah, jangan sesekali terjerat dengan dakyah Shafie dan Parti Warisan, kerana jika terperangkap maka buruk padahnya. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment