Home » Eloklah BN Sabah bergerak solo
Politik Sudut Pandangan

Eloklah BN Sabah bergerak solo

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ketika ditemui media selepas melancarkan Program Gerak 17 UMNO bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak berkata, pihaknya bersedia memberikan tentangan sengit sekiranya semua parti di Sabah menyatakan hasrat untuk bergerak solo.

 

BN Sabah memutuskan bergerak solo?Jika benar, maka ini akan mempermudahkan rakyat Sabah merealisasikan jejak rakyat Sarawak.

Kerjasama dengan parti itu tidak lagi memberi signifikasi pada keputusan pilihan raya sepertimana dibuktikan pada PRN-16 dan PRU-15.

Umno-BN ditolak pada PRU-14, dan hampir ranap pada PRU-15 , dan diperburukkan lagi pada PRN2023 enam negeri di Semenanjung.

Parti itu, tidak boleh bersandar pada kerusi yang dimenangi pada PRN-16 Sabah dan 7 kerusi pada PRU-15 di Sabah sebagai penerimaan rakyat Sabah, atas sebab kerusi yang dimenangi hasil kerjasama dengan GRS.

Selain itu, sangat jelas 14 kerusi yang dimenangi parti itu pada PRN-16 bergantung pada elemen tiga serangkai di kerusi yang ditandingi, iaitu-calon-etnik/suku-kawasan, bukannya faktor parti. Faktor parti telah ditolak apabila semua calon komponen parti itu, PBRS dan MCA kalah 100 peratus.

Apabila Datuk Bung Moktar Radin di Kunak pada Sabtu mengatakan bahawa Umno-Bn akan bergerak solo, bermakna, Bung mahu menyelesaikan kedudukan parti itu di Sabah secara tuntas, samada masih diterima atau sebaliknya.

Bung sedar sebahagian besar rakyat Sabah marah pada tindakan sesetengah wakil rakyat itu melaksanakan Langkah Kinabalu pada 6 Januari 2023 untuk menumbangkan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat menjadi kerajaan negeri, dan tindakan itu juga menjadi penghalang pada parti-parti lain untuk bekerjasama untuk mengelak tindak balas negatif rakyat.

Apa yang berlaku di Sabah pada masa ini, bahawa kerjasama dengan Umno-Bn lebih banyak mudarat berbanding kebaikkan, atas sebab itu apabila Presiden parti itu membuat kenyataan sepihak bahawa kerjasama dengan PH telah dimuktamadkan untuk menghadapi PRN-17 Sabah mendapat banyak reaksi termasuk menafikan kenyataan tersebut.

Di kalangan rakyat Sabah berpendapat, era Umno-Bn sudah berlalu, era ini dan akan datang, adalah era parti tempatan atau lokal menentu hala tuju negeri dalam konteks politik nasional.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment