Home » Akibat digula-gulakan, kesan “Sabah makmal politik” kini dirasai
Politik Sudut Pandangan

Akibat digula-gulakan, kesan “Sabah makmal politik” kini dirasai

SIBEC 2024 adalah pemangkin untuk memajukan Ekonomi Biru negeri ini, menjadi platform untuk berinteraksi dengan ilmu pengetahuan global dalam bidang ini, menarik pelabur tempatan dan antarabangsa serta pemain industri.

AMBANG batas Laut (AMBALAT) hanya 3 batu nautika untuk Sabah, tidak dibantah 24/25 ahli parlimen Sabah semasa Akta laut 2012 diluluskan Parlimen, sebabnya 24 ahli parlimen tersebut adalah daripada parti yang sama yang memimpin kerajaan.

Kini selepas 10 tahun disedari keputusan tersebut merugikan negeri dan rakyatnya, apabila lautan menjadi sumber ekonomi baharu, menerusi ekonomi biru (blue economy).

Mengubah apa yang diluluskan parlimen itu perlu iltizam politik baharu, atas sebab “The Government of The Day” perlu membentangkan pembatalan atau mengantikannya dengan Akta baharu atau Akta mengembalikan kepada kedudukan asal.

50 tahun lalu, rakyat Sabah digula-gulakan dengan keuntungan bersama-sama dengan parti nasional, sehinggakan hak-hak Sabah dalam MA63 takut diperjuangkan, kerana “ancaman” sesiapa yang membangkitkan dianggap anti Malaysia, kesannya geran khas terpaku pada RM26.7 juta berdekad lamanya, dan hanya berubah selepas kerajaan Persekutuan bertukar selepas PRU-14, apabila Umno/Bn hilang kuasa.

Selepas 50 tahun, terantuk baru terngada, rupanya potensi khazanah negeri apabila diurus sendiri tiada batas untuk menjadikannya sumber penghasilan negeri untuk memajukan dan membangun rakyat dan negeri.

Menerusi Pelan Pembangunan Negeri Hala Tuju Sabah Maju terbongkar potensi negeri sebenarnya. Terbongkarnya potensi negeri kesan diterajui parti lokal/tempatan yang bertag SabahFirst, Rumah Kita, Kita Jaga.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment