SEBAGAI persiapan menghadapi PRN-17 Sabah, Gagasan Rakyat menubuhkan jawatan kuasa perunding yang diketuai Timbalan Presiden, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun untuk berunding dengan parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk rakan dalam PH Plus berkaitan agihan kerusi.
Menurut Ketua Menteri merangkap Presiden Gagasan Rakyat Sabah dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selepas mempengerusikan Mesyuarat AMT Gagasan Rakyat Sabah dalam rangka persiapan Persidangan Agung Tahunan kali-2 yang bermula pada Jumaat ini sehingga Ahad, iaitu 8-10 November di SICC, Kota Kinabalu , penumpuan rundingan agihan adalah antara komponen GRS terlebih dahulu, dikuti parti rakan PH Plus, dan seterusnya dengan parti-parti lain.
Gagasan Rakyat sebagai parti terbanyak kerusi dalam Kerajaan GRS-PH Plus mengambil inisiatif sebagai pemudah cara menentukan agihan kerusi antara parti-parti.
Ketua Menteri tidak memberi isyarat akan bagaimana kah bentuk agihan kerusi, apa kah berpandukan pada status quo atau komposisi lain.
Kebarangkalian agihan tentunya berpandukan pada status quo, sepertimana kenyataan Pemangku Presiden PBS semasa Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-39 bahawa parti itu mempertahankan kerusi yang disandang parti itu pada PRN-17 akan datang.
Jika berpandukan pada status quo, maka rundingan agihan kerusi akan lebih mudah dan “staright Forward”, sekiranya ada tambahan kerusi hendak lah membabitkan kerusi-kerusi yang tidak disandang.
Agihan kerusi juga tentunya berpandukan pada keboleh menangan, ertinya tidak terikat dengan parti tertentu, akan tetapi sebagai calon GRS, atau wakil parti-parti yang bekerjasama.
Akan diperhalusi oleh jawatan kuasa perunding, pendekatan yang digunakan, iaitu fokus kepada kemenangan calon-calon GRS dan calon-calon parti rakan, atau dengan kata lain berfokus pada kemenangan. Jika pendekatan sedemikian dipilih sebagai jalur penentuan agihan kerusi, maka tidak timbul desakan daripada mana-mana pihak, untuk dipilih sebagai calon.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .
Add Comment