Home » Hajiji akan merasmikan Persidangan LDP ke-31
Berita Tempatan Politik

Hajiji akan merasmikan Persidangan LDP ke-31

ALBUM: Chin (lima kiri) menyampaikan cenderahati kepada Hajiji, turut kelihatan Simon, Sim Fui, Ong, Yong, Nicholas, Wong, Loong dan Shu Ying

KOTA KINABALU: Persidangan dan Pemilihan Parti Liberal Demokratik yang akan diadakan pada 17 November ini akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Persidangan kali-31 dan Pemilihan Majlis Tertinggi parti itu akan bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kian Kok dan bermula pada 8.30 pagi.

Sementara itu, Persidangan Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Pemuda Pusat serta Pergerakan Wanita Pusat akan berlangsung pada 16 November pada jam 2 petang di tempat yang sama.

Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin, bersama Timbalan Presiden, Datuk Yong Wui Chung, Setiausaha Agung Datuk Chin Shu Ying, Naib Presiden David Ong dan Sim Fui, Ketua Penerangan Simon Chin, Ketua Pergerakan Wanita Pusat, Glenna Wong, Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Pusat, Loong Kok Seng serta Ketua Pergerakan Generasi Baru Nicholas Ban telah melakukan kunjungan hormat kepada Hajiji pada Khamis untuk menjemput Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu sebagai tetamu kehormat dalam persidangan itu.

Chin turut mengucapkan terima kasih kepada Hajiji kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri persidangan tiga tahun sekali LDP.

Beliau turut memaklumkan sejumlah 611 perwakilan pusat dari 24 bahagian seluruh Sabah akan menghadiri persidangan itu bagi memilih kepimpinan tertinggi LDP untuk penggal 2024-2027.

Beliau juga memaklumkan kepada Hajiji bahawa terdapat lapan calon bersaing untuk lima jawatan Naib Presiden, manakala 30 calon bertanding untuk 20 jawatan dalam Majlis Tertinggi.

Katanya, parti itu juga akan menggunakan sistem e-voting dan e-polling buat kali pertama.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment