Home » Pemandu parah, lori terbabas masuk gaung
Berita Tempatan

Pemandu parah, lori terbabas masuk gaung

TERBABAS: Lori bawa muat baja terbabas sendiri masuk gaung sedalam 30 meter.

LAHAD DATU: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas lori yang dipandunya terbabas ke dalam gaung sedalam 30 meter, di kawasan Lembah Danum, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun cedera di bahagian badan dan kaki akibat tersepit di lori berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.24 pagi.

Katanya, seramai 10 anggota dan pegawai bersama lima jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah lori membawa muatan baja dari Tawau ke Lahad Datu telah terbabas sendiri masuk gaung sedalam 30 meter.

“Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas, namun masih gagal,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Menurutnya, mangsa dilaporkan dalam keadaan sedar dan dipantau oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setakat ini kita masih menunggu bantuan kren untuk membantu mengangkat lori berkenaan bagi memudahkan mengeluarkan mangsa.

“Maklumat lanjut mengenai operasi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

 

UB

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment