Home » Muhyiddin lebih popular berbanding Zahid Dan Anwar
Berita Dalam Negara Politik

Muhyiddin lebih popular berbanding Zahid Dan Anwar

Hasil tinjauan Merdeka Center pada September – diperoleh sejurus Ismail Sabri membubarkan Parlimen pada 10 Okt – selepas membentangkan Belanjawan 2023.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin muncul sebagai individu paling popular di kalangan pemimpin tertinggi parti politik, menurut tinjauan pada September lalu oleh Merdeka Center.

Menurut laporan akhbar Singapura, The Straits Times, Merdeka Center mendapati 51 peratus responden berkenan dengan Muhyiddin.

Sebaliknya, hanya 13 peratus berpihak kepada pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menduduki tempat kedua dengan 46 peratus, diikuti Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (33 peratus) dan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan (32 peratus).

Berikutan hasil tinjauan itu, laporan The Straits Times menjangkakan BN berkemungkinan akan terus menyokong Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri mereka.

“Justeru, menyokong Ismail Sabri untuk terus menjadi perdana menteri – sekiranya BN menang pada undian 19 Nov – nampaknya langkah strategik yang tepat, kerana popularitinya jauh mengatasi Zahid, yang terpalit dengan puluhan tuduhan rasuah,” katanya.

Hasil tinjauan Merdeka Center pada September – diperoleh sejurus Ismail Sabri membubarkan Parlimen pada 10 Okt – selepas membentangkan Belanjawan 2023.

Sementara itu, The Straits Times melaporkan bahawa penemuan Merdeka Center mencadangkan bahawa tanggapan meluas mengenai kemenangan BN terjamin pada pilihan raya umum akan datang adalah keterlaluan.

Tinjauan itu mencadangkan tahap kepuasan terhadap kerajaan hanya pada 38 peratus, lebih rendah berbanding 39 peratus pada April 2018, beberapa hari sebelum BN dikalahkan semasa pilihan raya umum 2018.

“Kepuasan semasa terhadap kerajaan jauh lebih rendah daripada 50 peratus pada September 2021, hanya beberapa minggu selepas Ismail Sabri mula menjadi perdana menteri, selepas gabungan Pakatan Harapan dan PN hilang majoriti parlimen.

“Lebih menakutkan ialah hakikat bahawa 51 peratus menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan kerajaan pada September, berbanding 47 peratus sebelum Najib Razak, yang dicemari skandal 1MDB bernilai bilion dolar, digulingkan pada Mei 2018,” kata The Straits Times.

Berita Bersatu