Home » 254 kes baharu Covid-19 hari ini
Berita Tempatan

254 kes baharu Covid-19 hari ini

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 254 kes baharu Covid-19 hari ini, naik 39 kes berbanding kelmarin (215).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pertambahan yang agak besar ini berpunca daripada kadar positiviti yang meningkat tinggi daripada 9.53 peratus kelmarin kepada 12.45 peratus hari ini. 

Jumlah sampel ujian ialah 2,040 kurang sedikit daripada jumlah kelmarin, tambahnya.

“Sebanyak 10 daerah merekodkan jangkitan dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 57 kes (-16), Penampang 27 kes (+17), Lahad Datu 23 kes (+15), Sandakan 17 kes (-5), Tuaran 15 kes (-8), Keningau 14 kes (+12), Beaufort 12 kes (+12), Putatan 11 kes (-11), Papar 10 kes (+2) dan Tawau 10 kes (kekal). 

“Hanya empat daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu hari ini sepanjang 24 jam yang lalu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Sebanyak 247 daripada 254 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala satu kes dalam Kategori 3 serta enam kes dalam Kategori 4.

Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 57 (73)

Penampang 27 (10)

Lahad Datu 23 (8)

Sandakan 17 (22)

Tuaran 15 (23)

Keningau 14 (2)

Beaufort 12 (0)

Putatan 11 (22)

Papar 10 (8)

Tawau 10 (10)

Kota Belud 9 (5)

Kota Marudu 8 (10)

Sipitang 7 (0)

Ranau 6 (4)

Kudat 5 (8)

Semporna 5 (1)

Kuala Penyu 4 (0)

Tenom 4 (2)

Kinabatangan 3 (2)

Nabawan 3 (0)

Tambunan 2 (0)

Kunak 1 (0)

Tongod 1 (1)

Beluran 0 (2)

Kalabakan 0 (0)

Pitas 0 (2)

Telupid 0 (0)

(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 03/11/2022)

Kluster Baharu

         Tiada 

wartaoriental