Home » PRU15: Sah! Ronald Kiandee tetap bertanding di Beluran
Berita Tempatan

PRU15: Sah! Ronald Kiandee tetap bertanding di Beluran

Beliau yang juga Naib Presiden Bersatu itu tiba kira-kira jam 8.45 pagi dengan memakai kemeja formal.

BELURAN: Bekas penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee yang tidak dinamakan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hadir di lokasi penamaan calon di Dewan Masyarakat Beluran, pagi Sabtu.

Beliau yang juga Naib Presiden Bersatu itu tiba kira-kira jam 8.45 pagi dengan memakai kemeja formal.

Dalam masa sama penyokong beliau turut hadir di luar dewan dengan memakai baju Perikatan Nasional (PN).

Namun setakat ini belum dapat dipastikan sama ada Ronald bertanding atas tiket Bersatu atau PN.

Turut kelihatan di Pusat Penamaan Calon ialah, Calon Parti Warisan Malaysia (WARISAN) Rowiena Rashid; Benedict Asmat Barisan Nasional (BN), Felix Joseph Saang Pakatan Harapan (PH) dan Hausing Samsudin Pejuang.

Kerusi Parlimen Beluran menjadi kerusi tumpuan dan panas apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak menamakan Ronald sebaliknya menyerahkan kerusi parlimen itu kepada rakan kerjasama BN.

Pada PRU14, Ronald menang dengan majoriti undi 7.115 menewaskan calon Warisan, Harapan Rakyat, Parti Cinta Sabah, PPRS dan calon Bebas.

Parlimen Beluran mempunyai 44,727 pengundi berdaftar.

Radhi Muslim

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment