Home » Tiga penjuru di Parlimen Pagoh
Berita Dalam Negara Politik

Tiga penjuru di Parlimen Pagoh

Sekitar Penamaan Calon Parlimen Pagoh. Persaingan tiga penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman.

PAGOH – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Pagoh menyaksikan saingan tiga penjuru membabitkan calon Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman.

Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat tepat jam 10 pagi tadi.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Muhammad Helmi Ya’kub setengah jam selepas tempoh pencalonan ditutup.

Terdahulu, Muhyiddin, yang pertama menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.03 pagi diikuti Iskandar Shah, pada jam 9.08 pagi manakala Razali pada jam 9.12 pagi.

Proses penamaan calon PRK DUN Semenyih berlangsung di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh dengan tempoh masa satu jam diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi semua calon mengemukakan Kertas Penamaan Calon masing-masing.

EDITOR