Home » Ruddy sedia galas misi tawan hati rakyat Kudat
Berita Tempatan

Ruddy sedia galas misi tawan hati rakyat Kudat

lRuddy(tengah) semasa bergambar kenangan bersama penyokong di PPC Dewan Tun Mustapha. 

KUDAT: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Ruddy Awah sentiasa bersedia untuk menawan hati rakyat Kudat.


Ini dibuktikan dengan langkah pertama dengan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen P 167 Kudat.


Beliau tiba seawal jam 8.30 pagi dan merupakan calon pertama tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Tun Mustapha, di sini, pada Sabtu.

Ruddy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas bakal ditentang empat calon lain iaitu daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Pakatan Harapan(PH) dan Parti Bebas (Kunci).

Dalam pada itu, Ruddy turut mengharapkan semua ahli jentera parti untuk sentiasa bersedia dan bekerjasama bagi memastikan misi kemenangan bagi Parlimen P167 Kudat berjaya dicapai dengan jayanya.

wartaoriental