Home » Malaysia lebih mantap jika ditadbir PN
Berita Dalam Negara Politik

Malaysia lebih mantap jika ditadbir PN

Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata manifesto yang ditawarkan oleh PN merupakan tawaran komprehensif dengan meliputi pelbagai segmen masyarakat.

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) bersedia mengemudi Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang mantap sekiranya diberi kepercayaan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden BERSATU, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, PN menawarkan sebuah kerajaan prihatin, bersih dan stabil.

“Ada kerajaan stabil tetapi tidak bersih, tapi PN akan pastikan Malaysia sebuah negara bersih dan stabil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan di Pusat Pengeluaran Kertas Undi Pos di sini pada Isnin.

Beliau yang juga calon PN bagi Parlimen Putrajaya berkata, pengalaman Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mentadbir negara sewaktu pandemik Covid-19 telah membuktikannya.

“Kita ada rekod yang jelas tanpa sebarang manifesto, kita dapat berkhidmat dengan baik. Kita tidak main-main,” katanya.

Menurutnya, manifesto yang ditawarkan oleh PN merupakan tawaran komprehensif dengan meliputi pelbagai segmen masyarakat.

Pada masa sama, Mohd Radzi berkata, pelan jangka pendek, sederhana dan panjang turut diambil kira.

“Saya kira ia merupakan tawaran realistik dan menyeluruh,” katanya.

Berita Bersatu

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment