Home » Calon PN mesti miliki watak yang baik
Berita Dalam Negara Politik

Calon PN mesti miliki watak yang baik

Dalam pada itu, Muhyiddin menjelaskan nama calon diserahkan kepada polis untuk memeriksa sama ada mempunyai kes jenayah atau memiliki apa-apa kes yang dianggap menghalang mereka layak untuk menjadi calon.

MUAR – Untuk menjadi calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), calon-calonnya mestilah mempunyai watak yang baik selain muda dan berpengalaman.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akui untuk menjadi calon gabungan itu pada PRU15 sangat ketat kerana harus melalui saringan.

Tegasnya, antara syarat yang diperlukan adalah mestilah menyerahkan nama kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memeriksa status bankrap.

“Sebahagian besar (calon PN merupakan) anak muda berkelayakan tinggi.

“Bukan sahaja berkelayakan, tetapi (memiliki) karaktor yang baik dan semua calon-calon yang dikemukakan kita harus menerusi satu sesi saringan yang agak ketat,” katanya ketika ditemu bual Sinar Live ‘Cukup-Cukuplah fitnah PN’ pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai apakah kriteria pemilihan calon-calon PN berikutan banyak yang ditampilkan pada PRU15 ini daripada muka baharu.

Dalam pada itu, Muhyiddin menjelaskan nama calon diserahkan kepada polis untuk memeriksa sama ada mempunyai kes jenayah atau memiliki apa-apa kes yang dianggap menghalang mereka layak untuk menjadi calon.

Beliau berkata, keduanya nama diserahkan kepada SPRM untuk melihat sama ada mempunyai rekod rasuah.

Beliau berkata, keduanya nama diserahkan kepada SPRM untuk melihat sama ada mempunyai rekod rasuah.

“Kita letak sebagai perkara utama jangan terpalit rasuah dengan nama-nama yang kita kemukakan,” katanya.

Tambah Muhyiddin, ketiga nama calon PN mesti dihantar kepada LDHDN kerana bimbang ada yang tidak membayar cukai dan ia telah melanggar undang-undang.

Beliau berkata seterusnya memeriksa status kebankrapan.

“Kalau ada senarai bankrap dan belum ‘discharge’ bankrap, kita tidak ambil.

Sementara itu, Muhyiddin berkata sekiranya calon mempunyai latar belakang perkhidmatan sosial yang telah diberikan secara sukarela juga diambil kira.

Katanya, ditambah lagi untuk menjadi calon PN melalui proses saringan ketat dan calon yang dijamin bersih.

“Kita angkat sumpah dan ikrar dengan nama Allah, kami takkan buat sesuatu yang langgar akta pencegahan rasuah kepada satu-satu parti.

“Ini menunjukkan kita menawarkan pimpinan yang terbaik untuk uruskan negara,” katanya.

Berita Bersatu