Home » PRU15: PH dahului 28 kerusi sehingga 12.15 tengah malam
Berita Dalam Negara Politik

PRU15: PH dahului 28 kerusi sehingga 12.15 tengah malam

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh (tengah) mengadakan sidang media di ibu pejabat SPR, Putrajaya, sebentar tadi.


PUTRAJAYA :
Sehingga pukul 12.15 tengah malam, Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan 28 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia diikuti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan 20 kerusi, Pas 18 kerusi, Perikatan Nasional (PN) 17, dan Barisan Nasional (BN) 16 kerusi.

Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pula setakat ini menang 4 kerusi parlimen, DAP (4 kerusi), Warisan (2 kerusi) dan masing-masing 1 kerusi bagi MUDA serta Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas. 

Keputusan secara berkala itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh di ibu pejabat SPR, di sini, sebentar tadi.

Pada ketika ini, masih berbaki lagi 108 kerusi Parlimen yang belum diumumkan SPR.

AWANI