Home » PRU15: Amirudin rampas Gombak daripada Azmin
Berita Dalam Negara Politik

PRU15: Amirudin rampas Gombak daripada Azmin

Datuk Seri Amirudin Shari berjaya merampas kerusi Parlimen Gombak daripada penyandangnya, Datuk Seri Azmin Ali.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berjaya merampas kerusi Parlimen Gombak daripada penyandangnya, Datuk Seri Azmin Ali yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon Pakatan Harapan (PH) itu menewaskan empat calon dengan majoriti undi 12,729 dengan 72,267 undi keseluruhan, berbanding Azmin yang memperoleh 59,538 undi.

Beliau turut mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang meraih 30,723 undi.

Dua calon lain iaitu Datuk Dr Aziz Jamaludin (Parti Pejuang Tanah Air) dan Zulkifli (Bebas) hilang deposit apabila memperoleh kurang 10 peratus daripada undi keseluruhan.

Pada PRU14, Azmin meraih majoriti sebanyak 48,721 undi sekaligus menewaskan calon BN Datuk Abdul Rahim Kamarudin dan calon Pas Khairil Nizam.

AWANI