Home » PRU15: Muhyiddin harap rundingan bentuk kerajaan dimuktamad sebelum petang Ahad
Berita Dalam Negara Politik

PRU15: Muhyiddin harap rundingan bentuk kerajaan dimuktamad sebelum petang Ahad

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rundingan bersama kepimpinan parti politik lain untuk membentuk kerajaan dapat dimuktamadkan sebelum petang Ahad. – Gambar fail/Sinar Harian

SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rundingan bersama kepimpinan parti politik lain untuk membentuk kerajaan dapat dimuktamadkan sebelum petang Ahad.

Dalam sidang media di Pusat Media Utama PN di Shah Alam, beliau memberitahu akan mengadakan rundingan bersama kepimpinan parti dari Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.

“Setakat hari ini rundingan bersama parti dari Sabah dan Sarawak amat menggalakkan. 

“Kita juga ada terima surat daripada pihak Istana Negara dan kandungan saya tak perlu sebutkan dan ia beri kepada kita perkara yang perlu kita sempurnakan. Perkara ini perlukan kita ambil langkah secepat mungkin.

“Maknanya sebahagian daripada perbincangan akan kita lakukan pada esok hari dan harap dapat dimuktamadkan sebelum petang (Ahad),” jelasnya ketika sidang media di Pusat Media Utama PN, di Shah Alam pada pagi Ahad.

Beliau sebelum itu turut mengalu-alukan parti lain untuk bergabung membentuk kerajaan kecuali Pakatan Harapan (PH).

“Demi menjamin kestabilan, PN juga mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti yang bersedia menerima prinsip perjuangan PN untuk membentuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.

“Dengan PN mengetuai kerajaan, kita berharap dapat mewujudkan situasi politik yang paling stabil,” jelasnya.

Turut hadir dalam sidang media berkenaa adalah Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta beberapa kepimpinan tertinggi parti komponen Bersatu, Pas dan Gerakan.

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment